❝ are you alice? ❞
8 June 201417:01

"Ayuri-chan.". Aya pantas berlari menuju kearah ku. Dia memanggil namaku, sambil tercungap-cungap menahan nafas seperti baru dikejar oleh makhluk asing.

Tumblr_mdfim6owu71rxkurco1_500_large

"Hmmm?" Jawabku ringkas. Malas hendak melayan karenah Aya yang memang pelbagai karenah. Senang cerita, macam-macam lah. Sudah lah aku mengantuk ni. Jika disediakan bantal, sudah lama aku menjadi puteri beradu tak kena tempat :3

"Misaki Ayuri. Dengar lah ni." Katanya lagi. Aya tetap memaksa aku untuk mendengar kata-katanya yang kononnya penting itu.

"Hmm? Apa dia? Aku ngantuk ni. Nak tidur lah." Lambat-lambat saja aku balas kata-kata Aya. Sudah mengantuk, apa yang boleh dibuat.

"Yaaaaaaa, janganlah tidur! aku dengar, ada budak baru nanti."
"Jadi?"
"Jadi?"
"Hmm? Jadi kenapa?"
"Tak ada apalah. Susah cakap dengan kau ni."
"Heheh, macam tak tau je aku kan. Gomenasai (maaf)."




Hmm. Sano Matsuko tak silap nama dia. "Kyaaaaaaaaa, handsome nya dia." "Comel nya dia" "Tampan nya". Ayat ayat itu bermain di kotak fikiranku. Baru je dia masuk kelas aku, sudah ramai peminat.

Hampir kesemua pelajar perempuan kata budak baru tu handsome, tampan, comel? Apalah sangat. Kenapa aku tengok dia biasa saja? Ke taste aku memang macam ni? /tampar pipi/ Auch. Sakit. Budak baru tuu.... handsome sangat ke? Kenapa aku kisah? Ayuri, Jangan mudah jatuh hati. Okay?

"Saya duduk sini boleh?" tanpa segan silu, tegur seorang lelaki.

Tumblr_lsd795gd8p1qmim5oo1_500_large

Aku mendongak sedikit muka. Terpana. Hilang terus apa yang aku fikirkan sebentar tadi. Betulkah lelaki yang berada di depan aku ini dia? Betul ke? Adakah aku bermimpi? /cubit peha/. Ya. Sah, tidak bermimpi. Tapi, bagaimana, kenapa dan mengapa makhluk ni ada di sini? "Sano Matsuko?" Tanyaku seolah-olah tidak percaya bahawa benarlah itu dia. Ya, Sano Matsuko. Jejaka yang diminati ramai dalam diam itu. Oh, adakah Ayuri juga meminati dia?

"Maaf ganggu, saja je lepak sini. Memandangkan saya baru je pindah sini, jadi apa  salahnya saya nak menambah buddies baru kan?" Barisan giginya yang teratur elok ditayangkan. Terpanar buat seketika. Ya, dia memang handsome, tampan, comel. Kyaaaaaa. Adakah?

"Oh." ringkas sahaja balasan kata-kata ku. Macam tak ada kawan lain je dia ni tau. Perempuan juga ke pilihan dia?

"Awak, Misaki Ayuri, kan?"
"Ha'ah."
"Emmm...."

'Apa lagi aku nak tanya dia eh? Dia dah ada boyfriend ke? Ish. Nampak sangat kau nak tackle dia, Sano. Emm apa ya. Apa ya.' Fikir Sano.

"Emmm?" sengaja suara aku kuatkan sedikit. Ish, kenapa dengan Sano ni. Termenung pula.
"Saya suka awak".
"Apa dia?!" Terkejut. Betul ke ni? Tak Ayuri. Kau salah dengar. Ya, salah dengar.

Merah jadinya muka Sano. Tidak sangka betul dia akan terlepas kata. Malunya aku. Terlepas pula. Aku harap dia tak dengar lah. "Oh? Eh? Takde apa-apa. Saya kena pergi ni. Bye" Fuh lega. Aku harap sangat dia tak dengar. Malunya aku.

Kan aku dah kata. Aku mesti salah dengar. Ya, salah dengar. Tapi... kenapa dengan Sano tu? Peliknya. "Oh? Okay. Bye."




"Betul ke ni, apa yang aku dengar, Ayuri-chan?" Aya yang baru sahaja dengar apa yang aku cerita padanya tentang Sano sudah pun mula eksaited. Apalah sangat. Setakat duduk-duduk, lepas tu dia cakap benda yang bukan-bukan. ‘Saya suka awak.’ Hish.


“Apalah sangat. Pelik je aku tengok dia. Dah lah melalut, aish.”.
“Aaaaaaa….. mesti ada apa-apa ni.”

“Apa, apa, apa, apa? Dah dah. Kau dengan Katagari macam mana?” cepat-cepat aku mengubah topic. Kalau diteruskan topic tentang Sano, makin menjadi-jadi lah Aya ni. Nasib baik juga aku tahu tentang hubungan Aya dan Katagari. Siapa lagi yang bagitau. Si tak reti duduk diam tu lah.

“Eleh” Lidah dijelirkan. “Katagari? Woah, kisah juga kau pada aku ya, Ayuri-chan! Kitorang macam biasa lah. Hihi”

“Orang tanya je pun.” Balasku acuh tak acuh. 

“Bluekkkk” sekali lagi, lidahnya dijelirkan.
“Bluekkk jugak!”
“Apa ni, tiru aku pula.”
“Alah, takpelah. Aku nak tulis Diary sekejap. Shuh.”
“Eleh. Pergi lah.”

Daripada aku layan karenah si Aya ni, lebih baik aku tulis Diary. Dah lama rasanya tidak tulis kat Diarylife ni. Sibuk je memanjang. Macam mana nak tulis. Gomenasai, Diarylife.

Tumblr_lexry64wsk1qzeykbo1_500_large
Dear Diary, Today I met a boy. Dia budak baru dalam kelas saya. Dia jumpa saya, cakap benda yang merepek. I’ll keep my mouth shut and act like nothing happened. Tapi. Dia comel. Kyaaaa. Eh. Bye DD ♥

Diary ditutup. Argh, terasa mengantuk pula. Patutlah. Sudah malam rupanya. Aya pun mungkin sudah diulit mimpi. Patut lah senyap sahaja. Aku menuju ke katil. Tme to sleep!



Hari ini adalah merupakan hari terakhir sekolah sebelum cuti musim panas hampir tiba dan itu bermaksud jadual harian aku mesti padat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Hm. Apa aku nak buat eh?

"Ayuri-chan! Jangan lah termenung lagi. Mari, kelas dah nak mula dah." Segera Aya menyedarkan aku daripada lamunan. Entah apa-apa aku berfikir pada saat itu.

"Yelah, I'm coming Aya-chan~!" Sengaja aku memangil dia dengan nama keluarganya tanda bersetuju dengan arahan yang diberikan.

Aku berjalan menuju ke kelas 4 Sakura bersama-sama Aya. Entah kenapa, jantungku berdegup kencang. Lain. Lain dari biasa. Aaaah peningnya!

Suasana kelas agak riuh rendah dengan suara-suara pelajar 4 Sakura. Mataku kini beralih pula kepada sekujur tubuh yang sedang duduk sambil membaca komik. Minat juga dia ya pada komik-komik ini. Siapa lagi, Sano lah. Sudahlah dia duduk betul-betul di sebelahku. Nasib baik juga si Aya duduk di belakangku. Ada juga teman untuk di ajak berbual.

Telefon bimbit bergetar menandakan ada message baru masuk.
"Hai, Misaki Ayuri." Gulp. Siapa pulak ni.
: "Hai. Siapa ni?" Button 'send' ditekan.
: "Sano Matsuko. Heheh." 

Apa? Sano? Mana dia dapat nombor aku? Dia baca komik kan, takkan lah. Aku menoleh mukaku kearah Sano. "Peace!" Sano berkata sambil membuatkan peace ditangannya. Kalau aku ada darah tinggi, tak ke masuk hospital. Dia ni betul tau.

"Awak ke message saya tadi? Mana dapat nombor saya?" Balasku untuk mendapatkan kepastian.
"Jangan lah marah saya. Nanti tak comel dah. Dari....Mayasaki." selamba sahaja dia membalas kata-kata ku. Apa, tidak rasa bersalah ke? Aya ni pun satu tau. Bagi nombor aku, bukan nak minta izin.
"Hm..." itu  sahaja yang mampu aku berkata.



"Mana Aya ni. Kata tunggu kat sini nak balik sama-sama." Apa boleh buat. Kena tunggu je lah si Aya tak kira apa pun. Nasib aku lah kena tunggu kat Bus Stop ni.

"Misaki Ayuri."

"Sano? Apa awak buat kat sini?" Pelik juga aku dengan kehadiran Sano yang tiba-tiba itu. Semakin lama, semakin pelik pula aku dengan dia ini.

"Mayasaki tak dapat datang. Dia ada hal dengan Kitashi. Jadi, dia suruh saya hantarkan awak pulang." Tolonglah, jalan tolak, Misaki.

"Oh. Tapi kenapa Aya tak bagi tahu saya sendiri?"
"Mungkin dia tak sempat nak bagi tahu awak kot."
"Hm. Mungkin juga."

Senyap.

"Err. Tu, bas dah sampai." Sano yang sedar, segera memberitahu aku bahawa bas sudah sampai.
"Yelah. Mari."

Kami mengambil tempat duduk dibelakang sekali. Mahu tak mahu, terpaksa juga aku duduk di sebelah Sano.

Senyap.

Hmm. Bosannya. Mata ku meliar ke arah tingkap. Melihat pemandangan di luar bus stop. Tup....

Tumblr_lxiofr6j0x1qdzrvko1_500_large

Seperti ada benda berat menghempap bahu kiriku. Aku menoleh. Pft. Sano? Dia ni sengaja ke atau betul-betul? Dia pengsan ke? Ke dia tidur? Mesti dia penat....

Kenapa aku rasa lain ni. Seperti ada suatu perasaan aneh menampar dadaku. Kenapa ni? Takkan lah, aku suka Sano? Hahaha. Tidak mungkin. Tidak mungkin. Sano pun tak cakap apa-apa, aku pulak melebih-lebih. Ah. Tapi, alangkah bagus nya kalau dia suka aku....

Macam mana nak kejutkan dia ni. Rumah aku nak dekat sampai. "Sano....Sano Matsuko. Bangun lah." lembut saja aku mengejutnya.

"Oh? Saya tertidur ke? Gomenasai (maaf)."
"Tak apalah. Rumah saya nak dekat sampai dah \o/"
"Oh..."
"San. Terima kasih teman saya pulang..."
"Sama-sama. Selamat bercuti" Buat kali kedua, cair melihat senyuman memukaunya.

Aku pantas keluar daripada bas. Sempat aku melambainya "Bye!" Sama ada dia dengar atau tak, tak kisah lah....


"Aku dah balik." kataku. Harap-harap Aya ada kat rumah.
"Hai, seronok tadi?" Pft. Dah dia ni kenapa.

"Dah lah bagi nombor orang, lepas tu balik tak bagitau orang pula tu. Heh." Merajuk lah sekejap. Sekali sekala, aku rindu juga dengan pujukan-pujukan Aya. Tapi memang patut pun aku merajuk dengan dia. Sudah lah bagi nombor aku kat Sano, balik tak bagitau pula tu.

"Alaah.... jangan lah merajuk, Ayuri-chan! Aku minta maaf sebab tak bagitau kau dulu, okay?" Serba salah pula kalau taknak maafkan dia ni. Dia kan bestfriend aku, auch. Tersentuh aku.

"Iyalah.... Aya. Nanti nak cerita kau something boleh?" Aku rasa, aku tak perlu kot sembunyikan perasaan aku. Biar lah dia seorang je tau. Aku yakin, dia takkan bagitau sesiapa.

"Anything, friends. Cerita je.". Bertuah aku dapat kawan macam kau, Aya.




'Beerti, kau suka dia?" "Kalau dia suka kau, mesti dia akan cari kau. Jangan risau." Kenapa dengan aku. Angau cinta ke? Hmm. Sebelum ini, aku tak pernah rasa macam ni. Ini ke cinta?

Seminggu kemudian......

Hujan rintik-rintik membasahi bumi, Awan gelap bocor mencurahkan air ke bumi. Membasahi bumi dengan 
airnya. Pada mulanya menitik, lama-kelamaan menjadi lebat. Ah. Sejuknya.... Dah lama aku tidak bermandi 
hujan macam ni. Rindunya aku pada Sano. Apa dia buat agaknya? Hehe. Dia suka aku tak? Eh...

Telefon Bimbit bergetar. Message baru. 

"When I met you for the first time, my heart skipped a beat. I know we were meant to be together. You stunned me, you made my heart melt. And when you looked at me, I knew that you'll be mine. You're my one minute love. - Sano Matsuko."

Lahkahku terhenti. Message itu dibaca lama. Betul ke? Aku tidak bermimpi kah? Eh. Hujan dah berhenti? 

Tumblr_luxn3xwbio1qbrkcao1_500_large

"I love You, Misaki Ayuri.". Sano segera memayungkan Misaki daripada terkena hujan. 'Aku rasa, tidak perlu lagi kot menyembunyi kan perasaan ni. Misaki perlu tahu. Kalau dia reject aku, tak apalah.....' Desis hati kecilnya.

Aku menoleh. Mata kami bertaut. Alangkah terkejut nya aku. Jantung aku bagaikan terhenti saat mendengar kalimah itu. "Sano Matsuko?" Soal ku seolah-olah tidak percaya.

"Aishiteru."
"I love you too." Senyuman terukir di wajahku. Tanpa aku sedar, air mataku mengalir. Sejuk. Bagaikan embun pada waktu pagi ditambah lagi dengan hujan yang membasahi bumi.

-The end-

Maaflah. Oneshot pertama ni agak gedik sedikit. Kan? Tak gitu? Lewls. Mesti bosan kan =3= Maaflah. Saya tak reti. Saya kaki novel je. Huuu T^T Kan bagus kalau orang kata "Woaaaa bestnya". Lol berangan lah you, Mai. Oneshot ini takkan ada tanpa bantuan mereka yang tersangat awesome macam GroupChatAwesome. Gomawo, (WaniFatin, Dian, AnisAinnand sesiapa yang bantu saya :3
All rights reserved f-allingyou.com
HOME | OLDER ENTRIES ▶


About

'Oh you had me believing
I didn't have strength for leaving.
But any fool can see I'm better off,
Just look at me.'

credit